Friday, September 15, 2006

Antara Intan & Kaca

Aku bersyukur kerana limpahan yang Allah berikan kepada ku. Sejak aku kecil aku merasakan begitu disayangi oleh ibubapa ku. Seolah-olah aku ini anak yang mempunyai kelebihan dari abang dan adik-adik ku. Mungkin Mak dan Abah nampak bahawa aku lain dari yang lain. Tetapi setahu aku, aku tidak pernah merasakan yang aku dimanjakan lebih dari mereka. malahan aku hidup bersama-sama merasakan kepayahan hidup ketika itu.

Abah seorang askar yang 'garang' dan tidak tahu memanjakan anak-anaknya. Manakali Mak pula terpaksa menghempas pulas memastikan kami semua boleh 'jidup;. Aku masih ingat ketika di Kem Seletar, Singapura dan di Kg. Kayu, Singapura dimana disitu lah permulaan kehidupan kami yang agak susah. Tapi tak pernah kami tak dapat makan. Mak akan menghidang makanan walaupun mungkin tak banyak lauk. Aku tak ingat tentang lauk2. Tapi dalam kesusahan itu, aku masih ada punya prinsip hidup dan masih punya wawasan masa hadapan.... Ya, aku tidak pernah mengabaikan pelajaran ku. Malahan aku sentiasa mahu berjaya dalam pelajaran. Aku akan belajar bersungguh khususnya dihujung tahun..untuk dapat tempat 1 ke 3. a, supaya sekolah akan memberi aku hadiah. Abah tidak pernah memberi sebarang hadiah kepada aku mahupun abang dan adik2 lain. Maklum sajalah, kami susah. Tapi aku masih ingat kepada satu hari dimana Abah membeli buku cerita (lebih kurang 2 - 3 buah). Wah aku merasa begitu gembira dapat membaca buku2 itu. Begiu berharganya hadiah seorang ayah kepada anaknya.

Selain dari memastikan aku berjaya dalam pelajaran, aku tidak lupa membantu Mak di rumah. Aku belajar memasak dan membersihkan rumah. Membasuh kain baju dan membantu Mak menjaga adik2. Amalan ini aku teruskan hingga aku ke Mesir dan berkeluarga. Aku memabntu dan Imenunjukkan kepada Isteriku pada peringkat mulanya kami menjaga Maryam. Lepas Maryam, kami dapat pula Hilmi dan seterusnkya Aiman, Hana dan Aimi.

Setiap anak ada kelbihan masing2. Sebagai ibubapa, aku mahukan yang terbaik bagi setiap anak. Tapi, aku hanya mampu menunukkan jalan utk mereka. Merekalah yang akan meniti jalan itu sendiri.Aku lihat anak2 ku sekarang yang dah besar panjang... Adakah mereka intan atau kaca? Sebagai bapa, aku tetap sayang kepada mereka tapi aku terfikir selepas solat Isya' tadi apa yang akan berlaku sekiranya aku atau isteruku mati kelak? Apakah yang akan mereka lakukan jika kami tiada lagi? Mungkin pencen ku tapi mereka dah tak layak kerena semua dah berumur lebih dari 20 tahun. Aku hanya baki hidup lagi 10 ke 15 tahun.

Ya Allah, berikan ku petunjuk agar dapat aku gilap potensi anak2 ku supayamereka boleh berbakti kepada diri sendiri dan keluarga mereka di kemudian hari. Aku juga sedar bahawa dalam usia yg sudah dewasa, mereka mempunyai cara tersendiri. Kadang2 aku hanya mampu melihat dari jauh dan menelan perasaan aku. Yang pasti, aku akan mati dan mereka akan meneruskan hidup mereka mengikut pilihan mereka sendiri.

2 Comments:

Blogger ahnali said...

huwaaaaaa @_@
sedihnye baca posting baba ni..
isnya-allah.. hana will work my very best! huhu T.T

sayang baba more than anything in this world! *hugs and lots of love always*

3:18 PM  
Blogger Aimi Jaafar said...

huhuhuu.. aimi lom 20 taun lagi. huhuhuhu..

yosh yosh. aimi pun will try to work hard and tak main2 dah. huhuhu...

7:32 PM  

Post a Comment

<< Home