XPDC Gunung Stong (3)
Kami berjalan menuju ke Gua Gelap dalam keadaan begitu hepi sekali. Terdengar gelak tawa peserta xpdc yang berada dihadapan. Saya bersama dgn kumpulan terakhir berjalan mengikut denai yang lecak kerana difahamkan hutan turun hampir tiap hari ketika itu.
Saya berjalan dgn berhati-hati kerana tak mahu jalan. Maklumlah pandangan pun kurang jelas - lagipun ada bawa kamera sekali. 5 minit berjalan, kami pun sampai dimuka Gua Gelap. Memang gelap gua ni dan kami menggunakan lampu picit. Saya tak bawa tapi nasib ada cahaya dari kamera. Laluan dalam gua ni berliku-liku tapi tak panas.
Kemuncak laluan kami ialah terpaksa memasuki lubang yang besarnya hanya 1.5 x 2.5 kaki yang berair. Saya memasuki lubang itu dlm keadaan terlentang. Walaupun badan besar tapi berjaya juga melepasi lubang kecil tu. Dr. Ramli agak suspense nak melepasi lubang tapi memikir saya yang berbadan besar pun boleh maka dia kuatkan semangat utk melaluinya. (Saya teringat keadaan lubang yang jauh lebih kecil dan mecabar yang pernah saya lalui di Gua Telinga di Taman Negara Kuala Tahan).
Setelah keluar dari gua tersebut, kami menunggu rakan-rakan yang lain. Sempat saya mengambil gambar anak kelawar yang terjatuh dan sudah dihurungi oleh semut. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Keris. Tak penat dan mencabar tapi perlu berhati-hati kerana laluan kami dilereng bukit.
Keadaan Gua Keris lebih luas dan banyak iktibar yang boleh kita pelajari di situ, Saya teringat pulak dgn keadaan gua-gua di Gunung Senyum, Pahang.
Di Luar Gua Gelap
Dalam perjalanan ada diantara peserta yg kena gigitan pacat. terdengar jeritan mereka dan gelak tawa yang lain. Tempoh masa yg kami ambil menjelajahi kedua-dua gua ialah 2 jam. Pengalaman yg baru bagi peserta yg tak pernah memasuki gua. Tapi saya tertarik dgn keindahan alam semulajadi ciptaan Allah dalam Gua Keris. Tak percaya? Pergi dan lihat sendiri apa maksud saya.
Perjalanan balik lebih cepat. Mungkin kerana dah yakin dgn situasi dlm hutan. Sebelum menaiki van balik ke Dabung, ramai peserta yg mandi-manda di sungai berdekatan dgn Gua Ikan. Iar sejuk tapi keruh kerana hujan malam sebelumnya. Saya sempat mencuba air jeruk tempatan - sedap.
Setelah penat meneroka gua, kami balik ke pekan Dabong untuk makan tengahati. Kami menaiki van semula untuk ke Gunung Stong pada pukul 3 ptg. Perjalanan selesa berbanding dgn pengalaman saya sebelum ni - dimana kami terpaksa mengharungi sungai untuk ke seberang tebing. Memang mencabar tapi bahaya kerana arus sungai deras dan ketika itu kami tidak dibekalkan dgn baju keselamatan.
Tiba di kaki Gunung Stong, kami sungguh teruja keran dalam perjalanan kami nampak air terjun Stong. Saya dapat mengimbau pengalaman 4 tahun dulu.
Setelah bersiap-siap, kami pun meneruskan dakian kami pada jam 4 petang. Sebenarnya saya masih merasa kerisauan untuk mendaki. Takut-takut penglihatan atau pinggang saya akan menghalang saya untuk sampai ke Kem Jelawang. Trek yng kami laaluan adalah melalui jambataan gantung.
.... akan bersambung...