EID-UL-ADHA 2007
Hari Raya Qurbam tahun 2007 jatuh pd 20 Disember 2007, hari Khamis. Dlm perjlanan ke rumah Mak d Kg Londang, SKO ingatkan agar aku bagitau Mak Minah tentang kenaikan pangkat ku ke JUSA "C".
Setelah kami makan-makan, maka tibalah masa nya. Aku bagai tak bolehluahkan kata-kata untuk memberitahu Mak. SKO lah pula yang pecahkan berita. Mak menangis sambil mengaminkan doanya. Aku pasti air mata kesyukuran yg dilekuarkan.
Sambil melihat telatah Wahid sekeluarga, Chomah dgn anak-anaknya berguarau-guaru dgn cucuku, Nayya & Futya, aku sempat merenung kembali di zaman kesusahan kami.
aAntara 1967 ke 1973, keluarga aku menlalui zaman kegelapan. Hisup kami begitu susah hingga Mak & Abah terpaksa membuat beberapa kerja-kerja kampung - pagi-pagi sebelum subuh, Mak buat kueh putu piring, pulut seri muka, abok-abok & kesui. Kepas tu beliau menoreh getah. Abah pun sama. Musim sawah, mereka ke bendang pula. Begitulah putaran kerja mereka untuk menyekolahkan kami.
Kalau hari raya seperti pagi ni, kami dapatlah makan ayam & daging.Kadang-kadang kami buat lemang. Hiruk pikuklah kami kerana dapat sesuatu yg begitu jarang kami rasai. Pakain baru hanya pd hari raya puasa saja. Kasut baru memang tak boleh diharapkan benar. Selalunya aku akan ke kedai Tai Kah dan tengok-tengok jer. Berangan-angan dapat kasut yg cantik.
Bertuah anak & cucu aku sdekarang. Tapi itu rezeki mereka. Aku tak mahu mereka menjadi atau menghadapi kesusahan seperti aku dulu. Makanan kami hanyalah nasi dan sambal tumis. Cili padi menjadi ulam ku. Ikan kemung yg hampir busuk menjadi lauk kami. Kemudahan letrik hanya kami rasai pd tahun 1970. Dan air paip selepas aku pergi ke Mesir pd tahun 1973.
Aku serik menjadi susah. Aku tak mahu anak cucu ku pula susah seperti aku. Tapi aku hanya boleh merancang. Allah jua yg menentukan. Aku juga tak mahu anak cucu ku lupa akan nikamat yg Allah telah beri kpd mereka nanti. Bersyukurlah dgn apa yg ada. janganlah pula kita bermusuh-musuh. Orang sering berkata, "Orang Melayu menjadi susah bukan kerana kurang wang ringgit tapi dek berpecah-belah, malas, cepat putus asa dan berdendam".

0 Comments:
Post a Comment
<< Home