Friday, December 21, 2007

1973 dalam kenangan

Tahun 1973 selalu menjadi antara tahun yg ku ingat hingga aku mati. Selepas menduduki peperiksaan MCE pd 1972, aku ditawarkan ke Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) di SEremban untuk mengikuti penempatan PRE-UNIVERSITI". Wah! Memang aku bangga kerana itulah pertama kali aku ke asrama. Selama ni lihat saja kawan-kawanku ke SDAR, MCKK & STAR. Tapi aku pun risau keran takut kena ragging. Disitu aku dapat pendedahan awal tentang hidup merantau.

Semasa di SDAR, aku menjalani temuduga untuk ke luar negara. Pegawai JPA yg menemuduga ku tanya tentang cita-cita ku. Apa lagi aku cakapnak jadi doktor lah. Mereka cungkil habis-habisan mengapa & kenapa aku nak jadi doktor. Naik pening aku dibuatnya. Aku rasa aku kantoi temuduga tu.

Bila aku mula ke Tingkatan 6 di High School Melaka, aku tidak belajar bersungguh-sunguh kerana yakin akan ke luar negara. Malahan aku tak duduk periksa pun. Tapi bila cuti sekolah tiba, dan aku masih belum menerima tawaran ke Mesir, aku mula takut.

Abah pulak tak risau, dia ajak aku buat blazer sebagai persiapan awal. Hanya Allah saja yg tahu perasaan ku bila aku dapat matlumat yg Harun Kassim dah ke Glasgow mengikuti Kursus Engineering. Aku rasa dunia ku menjadi ebgitu gelap kalau aku tak ke Mesir.

Allah Maha Kaya. Seminggu sbelum Krismas, aku mendapat tawaran ke Mesir. Aku amat gembira kerana penantian ku selama ni termakbul jua akhirnya. Mak & Abah pun turut gembira.

Hari ke Lapangan Terbang Subang, aku lihat Abah sewa sebuah bas sekolah untuk bawa orang-orang yg akan menghantar ku. Selain dari keluarga ku, ada juga kawan kampung & girlfriend aku. Kawan India ku Arumugam & Ganeson pun ikut serta. Aku tersenyum riang hari tu walaupun ramai orang yg menangis. Di Lapangan Terbang aku jumpa Sharif Bidin (sekarang Arwah). Kami seakan-akan rapat dari mula kami bertemu di Bangunan JPA dulu semasa sessi taklimat.

Semasa menaiki kapalterbang Air France, aku begitu takut. Nasib baik Sharif ada disebelah. Sampai saja di Cairo, aku bagaikan mendapat cultral shock kerana sejuk, berdebu & dikelilingi orang-orang yg tak aku kenal.

Tapi semua itu aku harungi hinggalah aku kembali ke tanah air pada tahun 1980 sebagai Dr. Jaafar a.k.a. Jebat. 7 tahun itu telah membentuk aku menjadi matang & yakin pada diri sendiri. Yang menjadi pendorong ku selama 7 tahun itu hingga ke hari ini ialah isteri ku Suriyakhatun Osman (SKO).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home